Heartbeat

Monday, May 2, 2011

Seorang murtad kembali memeluk Islam

Salam sejahtera.


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Alhamdulillah kepada yang Maha Kuasa kerana nikmat yang amat bernilai yang telah dikurniakan, nikmat Islam dan nikmat Iman. Oleh itu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan ini. 


Saya amat tertarik dengan satu artikel di dalam Utusan Malaysia Mei 2, 2011, mengulas tentang seorang pelajar yang telah mengaku murtad, kini telah kembali memeluk Islam. Mari kita lihat azam pelajar ini yang amat tinggi. Dia kembali ke Islam setelah menganut agama Kristian. Betapa Allah itu Maha Pengampun. Masih lagi memberi hidayah kepada mereka yang berpaling dari-Nya. Kita sebagai hamba yang telah pun sedia Islam ini, seharusnya bersyukur kerana diberi semua nya sejak lahir. Diberi hidayah sejak ditiup roh ke janin kita semua. 


Maka, kita semua harus menyokong orang yang sebegini kerana mereka berhasil kembali ke pangkal jalan. Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar dia tabah menjalani dugaan dan cabaran hidup di dunia ini. Dan kita juga harus berdoa agar Allah memelihara kita dari godaan-godaan durjana yang mampu menyelamkan kita ke lautan kesesatan. 


Bersama-sama dengan entry ini, saya sertakan backlink untuk ke page Utusan Online yang mengulas tentang berita ini.






Klik gambar untuk ke Utusan Online.

(Entry ini ditulis hasil cebisan idea dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment